Thursday, May 20, 2010

NASIB PENDUDUK WALLER COURT MEMANG MALANG

Begitulah keadaan penduduk rumah pangsa Waller Court semasa tinjauan kami dari Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Barat yang ke Waller Court yang terletak di Jalan Dato Jaafar di Ipoh.

Rumah pangsa adalah milik Majlis Bandaraya Ipoh yang disewakan kepada golongan berpendapatan rendah disekitar bandaraya Ipoh. Sewa bulanannya adalah dari RM70 sehingga RM120, iaitu mengikut bilangan bilik.

Rumah pangsa Waller Court ini telah dibina pada tahun 1962, kebanyakan penduduk disini adalah dari kalangan orang tua dan yang bersara, juga boleh dikataan mangsa lepasan keluarga kandung atau anak-anak mereka.
Keadaan mereka disini menjadi lebih teruk apabila MBI seolah-olah menganak tirikan mereka.

Masalah yang dihadapi oleh penduduk Waller Court boleh dikelaskan kepada beberapa ketagori seperti di bawah:-

Kebersihan di sekitar rumah pangsa
Pemungutan sampah sarap tidak mengikut waktu masa yang ditetapkan, akibatnya penduduk disitu terpaksa menghidu bau yang busuk sepanjang minggu.Rumput tidak dipotong mengikut masa, tempat permainan kanak-kanak telah tergadai kepada “lepak king”.

Saluran paip bocor dan longkang tersumbat di mana tidak dibersihkan sejak beberapa bulan lalu. Keadaan longkang yang pecah dan tiada penutup amat merbahayakan bagi kanak-kanak dan orang tua disitu.

Kami juga dapat melihat pembiakan nyamuk dibeberapa longkang kerana air bertakungan tidak dapat mengalir disebabkan oleh sampah sarap.

Struktur Bangunan

Rumah Pangsa Waller Court ini sudah usang dan tidak diselenggara sehingga mencacatkan keindahan bandar raya Ipoh.

Ada yang telah kehilangan tingkap dan tingkap hampir jatuh dibahagian belakang flat tersebut. Keadaan tandas di dalam rumah pula agak teruk kerana mangkuk tandas tidak pernah di tukar sejak dibina walaupun pecah.
Pintu tandas pula dibaiki oleh MBI tanpa mengikut saiz yang sebenar. (off size)

Rumah terbiar menjadi sarang penagih dadah dan sarang maksiat dibeberapa blok di sini.

Pendawaian saluran elektrik ke setiap rumah yang sedia ada dalam keadaan yang bahaya.MBI seharusnya mengemaskini keadaannya supaya dalam menghindari kejutan letrik di kalangan penduduk di sini.

Persoalan penduduk disitu

Apakah tindakan yang diambil oleh pihak MBI mengenai hal ini?

Adakah MBI akan membiarkan masalah tersebut dan terus menipu rakyat miskin yang memerlukan tempat tinggal dengan jawapan tiada kekosongan buat masa sekarang?

Dimanakah pendirian MBI jika rakyat didahulukan untuk menderita dan pencapaian sekadar kata saja?

Apakah tempoh masa yang diperlukan oleh MBI untuk menyelesaikan masalah ini?

Permintaan penduduk Waller Penduduk di situ amat memerlukan bantuan pihak kerajaan supaya dapat menikmati kehidupan biasa seperti orang lain di bandar. Mereka amat memerlukan tempat tinggal sekarang kerana kedudukan Waller Court yang berhampiran dengan pusat perniagaan, pasar, klinik dan hospital dan sebagainya.

Pada Mesyuarat Penuh bulan Disember 2009, pada sidang media Datuk Bandar pernah menyatakan bahawa beberapa rumah pangsa termasuk Waller Court akan diperhati untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaran dan pembaikpulihan semula bangunan tersebut akan dimulakan secepat mungkin.

Tetapi sehingga hari ini MBI bersikap lepas tangan menjaga kebajikan penyewa di sini.Sehubungan dengan itu, MBI diminta mempercepatkan proses pembersihan dan proses menaik taraf bangunan pangsa Waller Court secepat mungkin kerana bangunan ini adalah bangunan yang bersejarah bagi bandaraya Ipoh.

Pada pendapat saya, sepertimana MBI menguatkuasakan sistem pungutan sewa bulanan daripada penduduk Waller Court, seperti itu mereka harus mempercepatkan kerja-kerja penyelenggaran dan kerja-kerja naik taraf harus dijalankan dengan segera.

D. Tanabalan
010-3993 020
民主行动党霹雳州社青团宣传秘书吴国锋于2010年5月20日(星期四)在怡保所发表的文告:

(怡保20日讯)霹雳州民主行动党社青团宣传秘书吴国锋今天表示,为了让霹雳州民主行动党社青团的年轻领袖和团员对国家当前所发生的种种重大课题有所了解和让他们拥有一个可以表达个人看法和意见的平台,霹雳州民主行动党社青团将安排现任全国社青团总团长陆兆福同志在本月23日星期日早上十时亲临山城怡保,在民主行动党霹雳州总部与霹雳州社青团团员举行一场交流会,吴国锋表示希望所有的社青团团员可以踊跃出席,也希望可以借此交流会提升所有出席团员对当前国家课题的认知,以让团员拥有足够的政治智慧去分析当中利弊。

交流会的地点和时间如下:
时间: 2010年5月23日(星期日), 早上10时。
地点: 民主行动党霹雳州总部。

任何团员如对此次交流会有疑问,可以联络行动党霹雳州总部(05-2531532)或霹雳州民主行动党社青团宣传秘书吴国锋 (012-5129218)。

谢谢

吴国锋
民主行动党桂和区州议员兼霹雳州社青团团长黄家和律师于2010年5月16日(星期日)在怡保所发表的新闻稿:

(怡保16日讯)民主行动党桂和区州议员黄家和律师表示,首相拿督斯理纳吉在诗巫国会议席补选投票日前夕宣布,只要国阵胜选,将拨款500万令吉解决拉让花园居民水灾问题的做法,已是极违反了我国民主程序以及选举条例。

也是霹雳州社青团团长的黄家和表示,就如在乌雪补选一样,首相纳吉还表示若国阵候选人刘会耀胜选,他就会在隔日即星期一签署支票,即刻发出治水费的举动,实实在在地显示出国阵政府为了应付选情告急,夺下诗巫国席,一再地践踏我国民主并埋在诗巫土地下。

黄家和也炮轰我国选举委员会主席丹斯理阿都阿兹,既然他日前曾在记者们面前表示我国选举制度及程序是极透明,还夸下海口称大马是全世界众多国家中选举制度与程序是最透明,那他为何如今却坐视不理这种已严重违反选举条例的做法呢?黄氏更挑战他立即取消国阵候选人刘会耀的资格,否则一再向我国人民承认选举委员会只不过是国阵政府的其中一项政治工具。

民主行动党


Segala drama-drama politik sempit sesetengah pihak yg tiada nilai perjuangan rakyat akan mencapai tahap akhir apabila mereka berpendirian untuk keluar parti dengan alasan yang negatif.

Seorang pemimpin harus mencari jalan untuk menyakinkan rakyat dengan perilaku kematangan politik sendiri dalam memberi pencerahan politik dan layanan yang hebat kepada rakyat. Kegagalan berbuat demikian akan memberi ruang kepada pemimpin berpemikiran sempit itu hanya keluar dan mengutuk parti sendiri apabila beliau sendiri rasa tidak selesa dengan kedudukan politik di parti itu.

Selain daripada itu, pemalas-pemalas sebegitu akan berlagak seperti penentu kuasa di media-media yang dikongkong oleh kerajaan Barisan Nasional sekadar cakap kosong. Mencari publisiti murahan seperti Fauzi Muda hanya akan dinilai bukan untuk menganalisis nilai-nilai agung politik beliau, malah untuk menilai kelakuan negatif politik beliau selama ini.

“Jangan cuba mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menasihati atau amaran kepada DAP dan PAS dalam perikatan dan pemahaman politik Pakatan Rakyat. Fauzi Muda sudah menjadi simbol telanjang kepuasaan politik diri sendiri selain daripada kehendak rakyat.Gelagat politik Fauzi Muda adalah seperti dalam penilaian orang awam yang terbaca karya kartun politik dalam majalah komik sengaja untuk mengisi masa lapang.”

Oleh yang itu, bagi pemimpin-pemimpin rakyat yang mahu berjuang demi kepentingan rakyat harus mempunyai nilai peradapan kehidupan yang beretika, harus mempunyai niat politik yang telus untuk melakukan perkembangan politik demokrasi dan sikap perjuangan demi pembangunan nilai-nilai sejatian politik bagi kehendak-kehendak rakyat dan pengundi.

Berkelakuan demikian sudah pasti akan memberi definasi baru sebagai seni untuk memperkuat dan memperhebatkan kepentingan rakyat serta seorang pemimpin harus memberi perhatian bahawa semua itu dilakukan bukan terutama demi kepentingan kegilaan kuasa politik semata, malah ianya harus lebih sebagai pembangunan jambatan emas bagi penciptaan kesejahteraan rakyat sendiri.

Yang lebih penting adalah dalam mengeratkan sejatian politik diantara kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, adalah bukan saja sekadar menyatukan kembali kesamaan kepentingan dalam jaringan kuasa, tetapi ianya harus lebih kepada memberikan tenaga baru kepada generasi baru untuk memberi kemampuan dalam merangka kesejahteraan rakyat.

Akhirnya, ketiadaan pemimpin palsu seperti Fauzi Muda akan membuka ruang dan nafas baru kepada parti politik serta ahli-ahlinya yang mahu menjana imej dan status baru dalam arena perjuangan politik Pakatan semasa. Lebih-lebih lagi, situasi sebegini sudah pasti akan menghandalkan individu yang handal demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat yang dicintai.

Sekian.
P.Sugumaran
0102936364

Friday, May 7, 2010

民主行动党桂和区州议员兼霹雳州社青团团长黄家和律师于2010年5月7
(星期五)在怡保所发表的文告:

(怡保7日讯)民主行动党桂和区州议员黄家和律师今天表示,雪兰莪总警长拿督卡立官车被偷的事件,已经向警队刮了一巴掌,再度证明了国家治安已经完全失控,总警长拿督斯里慕沙哈山应该对于警队打击罪案不力负起责任。

也是霹雳州社青团团长的黄家和今天在一篇文告中表示,国家现今的治安问题已经十分严重,导致人民无论在街道上、屋子里都已经感觉到自身安全没有保障,雪兰莪总警长拿督卡立官车被偷获得关注,同时间尚有上千宗同样事件的发生,但是警方看来却无动于衷,没有让人民感觉到效率的提升。

黄氏表示,虽然日前内政部副部长阿布瑟曼透露 2010年1月至4月的罪案指数,今年首4个月的罪案有5万9661宗,比 2009年同期的7万481宗罪案减少1万820宗,但是数据却不能够作任何的标准,因为许多市民都因为对警方没有信心或报案费时而选择不要报案、有些更因为是警方本身劝告不需要投保而打消报案意愿,这是铁一般的事实。

黄氏说,单单是在怡保区内就频频发生抢劫、破门偷窃、偷车、打破车镜行窃等罪案事件,而最近马球公园的治安问题更令人担忧,晨运转头回来车子却被破镜,劫匪如此猖狂警方却视若无睹,令人失望。

民主行动党

MBI HARUS MENGADAKAN PELAN PEMBANGUNAN YANG SEIMBANG


Mencapai pembangunan satu kawasan harus dijadikan prinsip utama Majlis Bandaraya Ipoh yang mewujudkan sesuatu yang dicita-citakan oleh penduduk satu kawasan. Prinsip tersebut harus lahir dalam bentuk usaha untuk mengarahkan dan melaksanakan skim pembangunan, projek naiktaraf jalan ataupun bangunan demi keperluan pembangunan pembayar cukai tanpa mengira sempadan politik. Selain daripada itu, ahli-ahli majlis MBI juga harus memainkan peranan utama dalam membantu MBI demi mencapai pembangunan di kawasan masing-masing.

Majlis Bandaraya Ipoh harus berpendirian teguh dimana pembangunan adalah prinsip utama perubahan menuju kearah perbaikan semua bangsa. Pembangunan tidak dapat dihentikan selain daripada karena pihak berkuasa yang sengaja mahu meminggirkan satu kawasan. Dalam konteks itu, inti pembangunan bukan hanya terjadi perubahan fisikal ataupun struktur, tetapi juga akan mewujudkan perubahan sikap masyarakat.

Dalam pengertian lain, Majlis Bandaraya Ipoh juga harus memaparkan teori-teori proses pembangunan kepada masyarakat umum khususnya kepada semua wakil-wakil rakyat tanpa mengambil kira parti politik yang mereka mewakili. Jikalau bentuk ataupun model teori-teori pembangunan itu dapat dipaparkan ataupun dibincangkan bersama wakil-wakil rakyat, maka masyarakat umum dikawasan Ipoh, dapat menilai perubahan sosial, ekonomi, budaya dan kebajikkan secara eksklusif. Pada masa yang sama ianya juga akan membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat untuk mengemukakan pendapat dan cadangan terhadap suatu skim pembangunan yang dicadangkan oleh pihak MBI.

Sebagai proses awalan, Majlis Bandaraya Ipoh harus mempunyai kekuatan sendiri untuk menghandalkan permintaan pembayar cukai selain daripada peranan politik pentadbiran kerajaan negeri yang selalunya menghadkan pembangunan satu kawasan.

Sememangnya pada peringkat kini, segala projek pembangunan MBI boleh ditinjau dan boleh dinilai samada ianya benar-benar diperlukan oleh rakyat umum ataupun dilaksanakan mengikut kehendak penduduk tempatan ataupun tujuan politik kerajaan negeri.

Saya juga tidak mahu menafikan dimana faktor utama pembangunan sentiasa dikaitkan dengan momentum ataupun keputusan politik pada masanya yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan pembangunan. Namun, MBI harus mempunyai kebijakan dalam merumuskan kata sepakat pembangunan demi kepentingan dan harapan pembayar cukai.

Saya berharap pada masa yang akan datang pihak MBI dapat mengulurkan segala maklumat-maklumat pembangunan disekitar kawasan Ipoh kepada semua wakil-wakil rakyat serta akan mengembangkan pertumbuhan tradisional tanpa membisa satu kawasan serta akan mengelakkan kewujudan variasi pertumbuhan yang berbeza bagi kawasan-kawasan MBI.
Sugumaran Periasamy
Pengarah Biro Pendidikan Politik, Pemuda DAP Sosialis Perak