Monday, February 22, 2010

BANTAHAN PEMUDA BN TERHADAP 50 AHLI PARLIMEN AUSTRALIA MENUNJUKKAN KELEMAHAN POLITIK SEBENAR KJ

Kenyataan Akhbar Sugumaran Periasamy (Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Sosialis Perak) - “BANTAHAN PEMUDA BN TERHADAP 50 AHLI PARLIMEN AUSTRALIA MENUNJUKKAN KELEMAHAN POLITIK SEBENAR KJ”

Pemuda BN jangalah berkelakuan seperti “BADUL SARKES” dengan jemputan Ketua Pemuda UMNO/BN yang juga seorang Ahli Parlimen yang sepatutnya menjaga keharmonian negara. KJ yang tidak mendapat publisiti politik sejak kebelakangan ini, mengambil kesempatan ini untuk mengaut balik publisiti politik beliau dengan mengadakan bantahan dihadapan Pejabat Pesuruhjaya Australia atas kenyataan yang dikeluarkan oleh 50 ahli Parlimen Australia.

Adakah keselamatan negara kita terhimpit dengan kenyataan pihak australia? Adakah martabat dan kedaulatan negara kita dicabul? Adakah sebagai warganegara Malaysia kehidupan kita tertindas dengan kenyataan itu?

Jika tidak apakah yang menyebabkan PEMUDA UMNO/BN terangkat-angkat sangat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh 50 ahli parlimen australia sehingga mengadakan demonstrasi haram untuk memalukan imej negara kita pada mata dunia? Dimanakah sebab munasabah mereka ini?

Dimanakah letaknya kedaulatan dan perlembagaan negara sebelum bertindak untuk mengadakan demonstrasi ini? Bukankah ianya lebih baik untuk berfikir secara dalam sebelum bertindak? Tidak wujudkah saluran lain untuk menyuarakan ketidakpuashatian terhadap 50 orang ahli parlimen tersebut? Sememangnya ada salurannya tetapi KJ amat suka untuk mengadakan demonstrasi haram sebegini sengaja untuk menunjukkan kekuatan beliau bukan pada pihak Australia tetapi pada yang lemah di UMNO/BN. Itulah motif sebenarnya. KJ amat takut dimana beliau akan dipinggirkan pada bila-bila masa di UMNO kerana sikap angkuhnya.

Saya tidak melihat sebarang bentuk campurtangan pihak Australia dalam dakwaan liwat keatas Dato Seri Anwar Ibrahim kerana mereka hanya mahu kemakmuran serta prinsip demokrasi Malaysia diselamatkan secara rasional.

Adakah kenyataan itu mencalar dan mencemar kedaulatan dan perlembagaan negara? Pemuda UMNO/BN jangan bertindak untuk memperbodohkan orang lain dengan menganggapkan yang tidak sertai Demonstrasi itu sebagai bodoh politik. Sebagai pengundi dan warganegara Malaysia, rakyat sememangya tahu menilai baik buruk campur tangan kuasa asing dalam semua hal negara. Yang berdiam tidak bermakna tiada pandanganya.

Apakah perlunya beramai-ramai orang untuk menghantar satu memorandum? Katanya, demontrasi itu diadakan secara aman, untuk menyerahkan memorandum, jikalau itulah motifnya kenapakah tidak mengadakan satu mesyuarat gempar secara besar-besaran di bangunan sendiri dan luahkan isi hati dan pilih sahaja wakil untuk menghantar memorandum itu kepada Pesuruhjaya Australia. Apakah yang menyebabkan berkumpul ditempat awam sehingga menggangu ketenteraman serta keselamatan orang lain.

Walau apa jua alasannya, berhimpun secara besar-besaran ditempat awam tanpa permit adalah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang. Kenapakah pihak Polis yang sepatutnya meleraikan kumpulan itu hanya bertindak untuk memberikan kawalan keselamatan kepada PEMUDA UMNO/BN ini? Apakah yang Polis ingin cuba buktikan? Adalah pihak PEMUDA UMNO/BN diberikan kuasa untuk melanggar undang-undang negara bagi kepentingan politik sendiri?

Secara realitinya, akibat demontrasi ini saya amat pasti dimana ianya akan melunturkan semangat perjuangan rakyat Malaysia serta akan menjatuhkan imej negara. Hubungan dua hala akan menjejas. Segala kesahabatan dan perjanjian akan menjadi tanda soal. Siapakah puncanya?

Sebagai jalan penyelesaiaan untuk memberhentikan campurtangan pihak asing, pihak peguam negara harus mencari jalan baik dan bijaksana untuk menggugurkan kes liwat ini bagi menambahkan lagi ketelusan perundangan negara demi kepentingan rakyat Malaysia.

Sekian.
P.Sugumaran
017-5677276

Kenyataan Akhbar Sugumaran Periasamy (Pengarah Biro Pendidikan Politik Pemuda Sosialis DAP Perak) pada 22/02/2010 - " Jangan paksa PR untuk mengesahka

Permintaan Hamidah Osman, terhadap pimpinan PR untuk menerima seorang individu yang memegang jawatan kerajaan secara haram adalah haram yang melampaui batasan. ADUN tronoh V.Sivakumar adalah Speaker yang sah dan PR tidak akan tunduk pendiriannya kepada mana-mana individu yang meminta mengesahkan Ganesan sebagai speaker yang sah. Yang haram akan kekal sebagai haram sehingga mandat baru rakyat.

Walaupun, keputusan mahkamah hanya untuk menentukan siapa MB yang sah dianggap sudah selesai namun ianya menimbulkan banyak persoalan dimana apakah kedudukan Mahkamah serta sistem perundangan negara dalam memberi pengiktirafan kepada golongan minoriti untuk mentadbir Kerajaan Negeri Perak.

Majoriti rakyat Perak yang memberi mandat kepada PR, sememangnya tidak menerima keputusan itu kerana Mahkamah Rakyat lebih amat besar dan hebat daripada Mahkamah Persekutuan untuk menentukan MB yang sah. Keputusan Mahkamah sudah pasti menguntungkan BN Perak dan tidak semestinya bagi rakyat Perak.

Saya mengecam sepenuh-penuhnya paksaan Hamidah Osman yang meminta PR untuk menerima Ganesan sebagai Speaker yang sah dan ungkapan seperti itu tidak layak dilontarkan pada PR oleh Hamidah Osman. Cerminkan diri sendiri. Kerajaan BN di Perak kini bukannya dipilih rakyat tetapi ianya dipilih oleh Mahkamah. Oleh yang demikian, bertugaslah untuk Mahkamah demi mengekalkan status Kerajaan BN di Perak. Biarkan PR memimpin rakyat negeri Perak demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

Adakah permintaan Hamidah Osman ini berasaskan satu perjanjian awal dan taktik untuk menukar arah bagi mengkaburkan mata rakyat. Pemimpin berjiwa rakyat dan yang patuh pada perlembagaan tidak akan bersetuju dengan permintaan Hamidah Osman yang membuta tuli ini. Permintaan yang boleh dianggap sebagai melampaui batasan tidak lagi akan mencerminkan keikhlasan Kerajaan BN Perak. Ianya lebih baik bagi BN Perak untuk mengorbankan Speaker haram demi mengelakkan tanggapan negative rakyat terhadap mereka.

Saya ingin nasihatkan Hamidah Osman supaya beri fokus penuh kepada masalah lain yang harus diperhatikan pada kehidupan puluh ribu rakyat Perak yang sengsara akibat krisis perlembagaan yang diwujudkan oleh BN dan elakkan permintaan fanatik politik. Keamanan politik negeri Perak berada pada paras yang lemah dan berusahalah untuk menguatkan keamanan ini dan bukannya mewujudkan krisis yang baru dengan kenyataan berunsurkan kekerasan.

Sekian.