Monday, February 22, 2010

Kenyataan Akhbar Sugumaran Periasamy (Pengarah Biro Pendidikan Politik Pemuda Sosialis DAP Perak) pada 22/02/2010 - " Jangan paksa PR untuk mengesahka

Permintaan Hamidah Osman, terhadap pimpinan PR untuk menerima seorang individu yang memegang jawatan kerajaan secara haram adalah haram yang melampaui batasan. ADUN tronoh V.Sivakumar adalah Speaker yang sah dan PR tidak akan tunduk pendiriannya kepada mana-mana individu yang meminta mengesahkan Ganesan sebagai speaker yang sah. Yang haram akan kekal sebagai haram sehingga mandat baru rakyat.

Walaupun, keputusan mahkamah hanya untuk menentukan siapa MB yang sah dianggap sudah selesai namun ianya menimbulkan banyak persoalan dimana apakah kedudukan Mahkamah serta sistem perundangan negara dalam memberi pengiktirafan kepada golongan minoriti untuk mentadbir Kerajaan Negeri Perak.

Majoriti rakyat Perak yang memberi mandat kepada PR, sememangnya tidak menerima keputusan itu kerana Mahkamah Rakyat lebih amat besar dan hebat daripada Mahkamah Persekutuan untuk menentukan MB yang sah. Keputusan Mahkamah sudah pasti menguntungkan BN Perak dan tidak semestinya bagi rakyat Perak.

Saya mengecam sepenuh-penuhnya paksaan Hamidah Osman yang meminta PR untuk menerima Ganesan sebagai Speaker yang sah dan ungkapan seperti itu tidak layak dilontarkan pada PR oleh Hamidah Osman. Cerminkan diri sendiri. Kerajaan BN di Perak kini bukannya dipilih rakyat tetapi ianya dipilih oleh Mahkamah. Oleh yang demikian, bertugaslah untuk Mahkamah demi mengekalkan status Kerajaan BN di Perak. Biarkan PR memimpin rakyat negeri Perak demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

Adakah permintaan Hamidah Osman ini berasaskan satu perjanjian awal dan taktik untuk menukar arah bagi mengkaburkan mata rakyat. Pemimpin berjiwa rakyat dan yang patuh pada perlembagaan tidak akan bersetuju dengan permintaan Hamidah Osman yang membuta tuli ini. Permintaan yang boleh dianggap sebagai melampaui batasan tidak lagi akan mencerminkan keikhlasan Kerajaan BN Perak. Ianya lebih baik bagi BN Perak untuk mengorbankan Speaker haram demi mengelakkan tanggapan negative rakyat terhadap mereka.

Saya ingin nasihatkan Hamidah Osman supaya beri fokus penuh kepada masalah lain yang harus diperhatikan pada kehidupan puluh ribu rakyat Perak yang sengsara akibat krisis perlembagaan yang diwujudkan oleh BN dan elakkan permintaan fanatik politik. Keamanan politik negeri Perak berada pada paras yang lemah dan berusahalah untuk menguatkan keamanan ini dan bukannya mewujudkan krisis yang baru dengan kenyataan berunsurkan kekerasan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment