Wednesday, March 24, 2010

BADUT YANG MENYAMAR SEBAGAI SPEAKER SAH


Penyamar yang saya memahami adalah mereka yang berkerja secara gaya palsu berlebihan, bertingkah dan berbicara sehingga membuat orang lain tertawa ataupun benci pada wataknya. Maksudnya jelas bahawa individu ini adalah seorang yang suka berdendang mengikut kemahuan penentu politik beliau. Dalam konteks ini, jikalau kita dapat huraikan secara langsung maka, Dato Ganesan adalah penyamar yang paling popular dan tidak bermaruah sehingga bertindak bertentangan dengan perlembagaan Negeri Perak.

Bagi saya Dato Ganesan bukan sahaja seorang penyamar malah adalah seorang yang mempunyai watak-watak pelawak untuk memperbodohkan seluruh warga Negeri Perak. Boleh juga dikatakan sebagai Badut uatama dalam Krisis Perlembagaan Negeri Perak. Apakah tingkahlaku sedemikian oleh Dato Ganesan ini akan mengandungi nilai-nilai sejarah pada masa yang akan datang?

Jikalau tidak, entah kenapa beliau ingin bertembung dengan kuasa rakyat? Rakyat Negeri Perak sudah mula menikmati balik keenakkan badut BN, penyamar kuasa dan lawak jenaka ahli-ahli BN. Ada juga yang mengatakan bahawa Dato Ganesan adalah seorang Badut Zambry BN.

Negeri Perak sudah tidak ada lagi Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat sebenar-benarnya dan hanya mempunyai yang dipilih oleh Mahkamah, ertinya tidak ada lagi kuasa rakyat yang sememangnya menjadi penentu Kerajaan di Negeri Perak.

Tukang penyamar speaker haram BN adalah ditugaskan sebagai bahan ketawa di dewan mulia Negeri Perak. Ianya adalah hanya untuk menyenangkan hati Raja Negeri Perak yang akan merasmikan Dewan Negeri Perak.

Apakah fungsi sebenar speaker haram BN di Dewan? Bagi pengetahuan saya beliau adalah seolah, tukang pengacau keamanan Negeri Perak, se-ekor kambing hitam yang diperalatkan demi kestabilan kuasa politik BN dan secara amnya berfungsi sebagai penyamar bagi Kerajaan yang menyamar sebagai Kerajaan sah di Negeri Perak.

Yang lebih memalukan adalah, mereka-mereka yang ingin melabelkan Dato Ganesan sebagai speaker, langsung tidak mempunyai suara yang kreatif serta tidak berpendidikan. Tidak hairanlah jikalau mereka ini diajar untuk berbuat demikian oleh segelintir pengikut-pengikut politik songsang Dato Ganesan.

Saya ingin menasihatkan mereka yang ingin turut bersama menjadi badut BN supaya berfikir secara keseluruhan sebelum membuat apa-apa tuduhan terhadap Speaker Pakatan Rakyat V.Sivakumar yang sah. Janganlah sampai lawakan dirinya sebagai badut berotak kering politik.

Kepada pemuda, janganlah berjuang demi menegakkan keadilan untuk mengiktirafkan yang haram sebagai sah. Berjuanglah demi hak rakyat, hak pengundi. Dasar perjuangan kita harus mempunyai lunas-lunas membela hak rakyat dan bukannya berjuang semata-mata untuk membela nasib seorang penyamar gila kuasa seperti Dato Ganesan. Sekian.

Sekian.

Sugumaran Periasamy
(Pengarah Biro Pendidikan Politik, Pemuda DAP Sosialis Perak)

Monday, March 22, 2010


图:黄家和(中)率领桂和区火箭服务队成员王佩文律师(右起)、郑亚财及郑福基到白兰园出席马来回教徒同胞传统结婚典礼与主人家合影。
(怡保20日讯)民主行动党霹雳州社青团团长黄家和律师表示,各族和谐交融、互相尊重和接受他族文化传统是人民团结的基石,国民应该摒弃一切形式的种族主义推崇者,齐力为国家带来进步。

也是桂和区州议员的黄家和日前连同火箭服务队受邀出席白兰园马来回教徒同胞的传统结婚典礼后表示,通过鼓励各族同胞参与他族佳节庆典、传统仪式将有助于加强各族间的融合;而我们也知道其实各族间在这个国家融合相处并不是大问题,而问题只在于一些不负责任的极端政治人物为了自身的利益而不断灌输极端种族主义以保住选票,这种做法是不要得的。

黄氏表示,虽然民联在霹雳州只执政了10个月,但是民联州政府却可以贯彻不分种族、不分宗教的公平施政、以马来西亚国族为基础的全民政府,让霹雳州种族和谐跨前一大步。他就此希望霹雳州人民可以在下一届州选中再度给于民联委托,让民联继续还没有完成的使命。
民主行动党桂和区州议员
黄家和律师
图:黄家和(左2)在王佩文(右起)、郑福基及郑亚财的陪同下,巡视白兰园第5路的街灯。

(怡保20日讯)民主行动党桂和区州议员黄家和律师表示,市政厅以及国能应该提升协调工作,简化住宅区街灯的申情程序,让市民在申请街灯时可以获得快速的回应。

也是霹雳州社青团团长的黄家和日前在霹雳州公共投诉局主任郑福基、桂和火箭服务队队员王佩文律师以及郑亚财的陪同下,巡视白兰园一带获得国能维修的街灯后,向报界如此表示。

黄氏表示,桂和区行动党服务中心在之前与国能区经理的对话时曾经反映国能15454热线的服务效率不达到要求,而国能在了解问题情况后,对于通过桂和区服务中心直接所提呈街灯不能操作的投诉,都会迅速处理并解决。

黄氏说,现在有待提升的就是街灯申请的程序,希望国能能够与市政厅提升协调,加速处理市民所提出的街灯申请。



民主行动党桂和区州议员
黄家和律师
2010年3月20日




KEKHUATIRAN KERAJAAN BN MELUMPUHKAN PENGUNDI MUDA


Keputusan Kerajaan yang menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung pendaftaran secara automatik pada usia 21 tahun, menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional hidup dalam abad ketakutan dengan ciri-ciri khuatir pada pengundi-pengundi muda.

“Janganlah rasa terkejut apabila kita terpaksa ikut jejak langkah Kerajaan yang lemah yang wujud disebabkan karena kekhuatiran yang merupakan satu indikasi utama ketakutan barisan pimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada kaum muda.”

Apakah Kerajaan Barisan Nasional kini dikelilingi penuh dengan kekhuatiran? Kaum muda dinegara ini langsung tidak khuatir ataupun malas serta sama sekali tidak akan setuju dengan mereka ditadbir oleh Kerajaan yang berpandangan sempit.

Adakah betul-betul Kerajaan Persekutuan menjalankan satu analisis yang padat sebelum membuat keputusan untuk menolak cadangan SPR berhubung mendaftar pengundi secara automatik? Alasan yang diberikan oleh Menteri sememangnya tidak boleh diterima, kerana cadangan SPR adalah hanya untuk mengadakan sistem pendaftaran secara automatik dan bukannya untuk menentukan kewajipan ataupun memaksa seseorang itu untuk mengundi pada umur 21 tahun.

Cadangan SPR ini langsung tidak mewujudkan unsur-unsur kepaksaan malah hanya akan menjimatkan masa pengundi muda dimana pemuda-pemudi masa kini tidak perlulah bertungkus lumus untuk mendaftar sewaktu musim pilihanraya. Selain daripada itu, sistem pendaftaran mengundi secara automatik juga akan dapat mengelakkan kekecewaan golongan muda yang tidak dapat mengundi. Dalam konteks ini, ianya bermaksud dimana pendaftaran secara automatik tidak membuka ruang kepaksaan untuk mengundi.

Sejauh pengetahuan saya, Kerajaan Barisan Nasional amat khuatir pada pengundi-pengundi muda dimana sebahagian besar golongan ini sudah mula menolak Kerajaan Barisan Nasional disebabkan oleh karena politik mereka. Golongan muda langsung tidak mempunyai nilai khuatiran pada mana-mana pihak serta mempunyai kepakaran untuk menilai Kerajaan kesukaan mereka secara bebas.

Kaum muda pada masa kini amat bergantung pada kuasa perubahan yang berjalan dengan cepat dan cubalah cari jalan yang sesuai untuk memudahkan pengundi muda berdaftar selain daripada mencari jalan untuk membebankan pengundi muda.

Tindakan Kerajaan Persekutuan yang menolak cadangan ini menunjukkan kemampuan Kerajaan Barisan Nasional untuk berbuat apajua keputusan tanpa memberikan ruang ataupun saluran yang mudah untuk para pengundi-pengundi muda bagi mendaftar secara automatik. Kerajaan masih berpendirian untuk melaksanaakan sistem tradisonal untuk mengabaikan pengundi-pengundi muda demi menstabilkan pentadbiran mereka dinegara ini.

Akhirnya, di samping keenganan menjadi amalan biasa Kerajaan BN pada kaum muda, maka gejala kelakuan angkuh ini harus dipandang dari pelbagai sudut oleh warga muda demi untuk menyesuaikan diri bagi mencari jalan untuk menceraikan Kerajaan Barisan Nasional daripada mentadbir Malaysia pada pilihanraya umum yang ke13.

Sekian.

Sugumaran Periasamy (Pengarah Biro Pendidikan Politik, Pemuda DAP Sosialis Perak)

Friday, March 12, 2010

法院驳回安华上诉, 黄家和:政治案件判决矛盾


图:黄家和(右2起)与回青团总团长纳沙鲁丁一同出席回教党在直弄区主办的青年论坛座谈会。




(直弄11日讯)民主行动党霹雳州社青团团长黄家和律师表示,联邦法院三司日前驳回前副首相安华指他12年前遭革除副首相兼财政部长职位无效的上诉申请,显示出联邦法院在涉及国阵政治利益的案件上再度作出了矛盾的判决。

也是桂和区州议员的黄家和在日前受邀出席回教党在武吉干当直弄区主办的青年论坛座谈会上发表演说时表示,霹雳州双包大臣案件中,联邦法院没有根据已经拥有40多年历史的《史蒂芬卡隆宁甘》一案的案例,在州议会没有通过不信任动议下宣判国阵赞比里为霹雳州大臣,一夜间改变了40年来的法律。

“在安华的案件中,上诉失败意味着在君主立宪的制度下,最高元首没有权力对一名副首相或内阁部长的革职作出任何反对;但是在霹雳州双包大臣案中,法院5司却认为苏丹在委任或革除一名州首长中拥有绝对的权力,矛盾的判决已经使到人民对于国家的法律感到模糊和混淆。”

黄家和表示,这证明了国家的司法制度在巫统的强权下已经沦陷,再度在涉及国阵政治利益的案件中,无法给于公平和依据法律的判决。

黄氏同时也在其演说中以流利的国语向国阵和巫统多年来所实施的种族政治左右开弓,他表示民联已经给于人民一个打破种族政治的选择,其此番言论得到出席者报以掌声的共鸣。

当晚的座谈会吸引将近400名以马来同胞为主的群众出席,而回教党青年团总团长纳沙鲁丁、槟城州团长莫哈默尤斯尼以及太平区社青团团长郑国霖也出席参与座谈会。

民主行动党



KELEMAHAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN TUN RAZAK IPOH; SIMBOL KETINGGALAN ZAMAN SUMBER ILMU

Perpustakaan Awam adalah satu-satunya tempat yang menjadi pemangkin kepada penambahan sumber ilmu tanpa mengira peringkat umur melalui kemudahan-kemudahan konvensional ataupun teknologi masa kini. Ianya amat penting untuk menyedia, menjaga dan mengurus tadbir Perpustakaan dengan sempurna dan sistematik agar ianya menjadi suatu Pusat yang sesuai dan selesa bagi pembaca serta mencetuskan idea-idea yang praktikal kepada penyemarakan Ilmu.

Tetapi apa yang sedang berlaku di Perpustakaan Tun Razak Ipoh adalah jauh berbeza dengan keinginan rakyat ataupun bertentangan zaman teknologi sekarang. Perpustakaan ini seolah ketinggalan zaman dan lebih-lebih lagi boleh dikatakan mempunyai kelemahan sistem pengurusan yang kurang effisien.

Pagi hari ini, saya sendiri telah melawat Perpustakaan ini dimana ianya sungguh sunyi dan sepi bukan sahaja dari segi kesenyapan malah sumber ilmu juga boleh digabungkan sekali. Apakah sebenarnya motif untuk menguruskan Perpustakaan Tun Razak tanpa sumber ilmu yang tidak selaras dengan kemajuan teknologi masa kini?. Bukankah ianya adalah tanggungjawab pihak pengurusan Perpustakaan untuk mencari saluran yang tepat bagi mempromosikan Perpustakaan ini dengan pelbagai aktiviti membaca untuk menambahkan minda rakyat?

Apabila saya ingin mendapatkan akhbar-akhbar lama untuk mendapatkan maklumat bagi rujukan, saya telahpun diminta naik ke aras 5 dan apabila saya sampai ke tingkat tersebut, situasinya lebih memeranjatkan apabila, saya hanya dapat lihat akhbar-akhbar The News Strait Times dan Berita Harian sahaja. Namun simpanan akhbar-akhbar itu hanyalah untuk 1 bulan sahaja dan segala akhbar-akhbar sebelum ini sudah tidak ada lagi. Kenapakah pihak pengurusan tidak membuat dan mengubah dasar-dasar mengikut kesesuaian dari masa ke semasa.? Apakah yang sudah jadi pada akhbar-akhbar yang lain dan kenapakah ianya tidak disimpan bagi rujukan pembaca? Dimanakah ianya dihantar dan kenapakah pihak pengurusan Perpustakaan tidak mengaturkan satu bilik rujukan simpanan akhbar-akhbar tempatan?

Setahu saya pengurusan Perpustakaan harus mengambil inisiatif bagi menyimpan semua akhbar-akhbar tempatan yang merangkumi pelbagai edisi dan bahasa sebagai bahan rujukan pada bila bila masa untuk pembaca. Tetapi realitinya di Perpustakaan Tun Razak amat jauh berbeza dengan zaman ilmu moden sekarang.

Peradaban Perpustakaan Tun Razak tidak sebatas dalam membina masyarakat berilmu walaupun beroperasi seperti biasa. Apakah menyebabkan Perpustakaan tun Razak ini tidak lagi menjadi perhatian pembaca? Adakah ianya disebabkan oleh kelekaan dalam teknologi moden ataupun kelemahan pihak pengurusan?

Menjaga kualiti pendidikan serta mempromosikan sumber ilmu adalah bergantung pada komitmen pengurusan Perpustakaan. Jikalau pihak pengurusan mempunyai daya pemikiran yang luput dan ketinggalan zaman, maka rakyat juga akan ketinggalan ilmu pada masa yang akan datang.

Sekian. P.Sugumaran

Tuesday, March 2, 2010

Ketidakprihatinan MBI & TNB


Peniaga-peniaga di sekitar Bandaraya Ipoh mengalami kesukaran & kerumitan untuk menyuarakan aduan mereka kepada pihak berkuasa tempatan.

Terutamanya peniaga-peniaga di sepanjang Jalan Masjid, kebanyakannya terdiri daripada peniaga yang menguruskan pengembumian jenazah.

Aduan daripada mereka adalah di persimpangan Jalan Masjid dan Jalan Dato’ Tahwil Azhar sering kali berlakunya kemalangan. Pemandu kenderaan yang menggunakan Jalan Dato’ Tahwil Azhar tidak berhenti di simpang empat malah terus melintas.

Menurut peniaga-peniaga di situ hampir 2 kemalangan berlaku dalam seminggu. Saya pernah menghantar surat aduan kepada Datuk Bandar sebelum ini tetapi maklumbalas yangsaya dapati daripada pegawai MBI adalah tiada peruntukan serta bonggol di kawasan bandar adalah tidak sesuai.

Kenapakah MBI tidak mempunyai mekanisme untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sepatutnya diselesaikan dalam pemantauan mereka.

Selain daripada itu pada waktu malam pula berlakunya kecurian dan kes-kes ragut, Ini adalah kerana lampu-lampu jalan di sepanjang Jalan Masjid dan Jalan Dato Tahwil Azhar tidak berfungsi. Ada lampu yang nyalaanya berkelip-kelipan manakala yang lain tidak bernyala langsung.

Untuk perkara ini juga saya pernah menghantar surat kepada Datuk Bandar. Jawapan yang telah diberikan kepada saya adalah kerosakan lampu bagi tiang jenis konkrit adalah di bawah selenggeraan TNB.

Selari dengan itu saya telahpun memaklumkan perkara ini kepada pihak TNB. Juga tiada sebarang penyelesaian didapati.

Jika proses menuding jari ini berlarutan, dimanakah harus masyarakat mengadu dan siapakah akan bertanggungjawab sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku?

D. Tanabalan – 010-3993 020Setiausaha Politik kepada YB. M.Kulasegaran Ahli Parlimen Ipoh BaratPengerusi Cawangan Kepayang
AJK DAPSY Perak.

Jalan Sg. Pari tidak mengikut spesifikasi jalan raya


Saya memohon pihak Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Kerja Raya memberi perhatian penuh terdapat jalan raya yang disiapkan oleh kontrakor.

Ini adalah kerana semasa saya membuat tinjauan di Jalan Sg,. Pari, Buntong saya mendapat tahu bahawa penurapan tar yang dijalankan semasa membina jambatan baru di kawasan tersebut tidak mengikut spesifikasi jalan raya.

Saya hairan kenapa semakin banyak jalan di Buntong rosak, antaranya berlubang, berlopak dan bercompang-camping.

Punca utama ialah aktiviti korek dan timbus jalan yang berleluasa serta memburukkan keadaan ialah kerja-kerja penurapan semula secara tidak berkualiti oleh kontraktor menyebabkan jalan itu rosak.

Yang menyedihkan pihak Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Kerja Raya tidak membuat pemantauan kerja-kerja penurapan semula oleh para kontraktor.

Bayangkan bertapa banyak wang kerajaan dan pembayaran cukai dibazirkan disebabkan kerja penurapan yang tidak kemas dan sambil lewa.

Malah ada jalan yang tidak sampai dua bulan diturap keseluruhannya oleh kontraktor, akan rosak semula selepas kerja korek dan timbus oleh kontraktor bagi tujuan pemasangan kabel dan sebagainya.

Maka saya mencadangkan supaya mengadakan pasukan khas untuk menyelia semua kerja mengorek jalan dan memastikan kerja penurapan semula dilakukan dengan penuh berkualiti.Kaji semula sistem pasang kabel pada permukaan jalan. Sepatutnya ia dibuat di bahu jalan seperti amalan sebahagian negara maju.

Mengambil tindakan ke atas kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab dan mengenakan denda yang tinggi supaya dapat membayar pampasan kepada mangsa-mangsa kemalangan akibat daripada kecuaian mereka.

Datuk Bandar dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri harus turun padang untuk mengenal pasti keadaan jika perlu bagi melihat kelemahan dan permasalahan sebenar.

Wajibkan kontraktor mengikut spesifikasi yang standard. Jangan ada kompromi dalam soal kualiti.

Apa guna menjadi negara maju dan menamakan Ipoh sebagai Banadaraya, kalau kita gagal mengurus dan menyelia dengan baik jalan raya kita.
Dimanakah pendirian MBI dan JKR terhadap konsep Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan?

D.Tanabalan – 010-3993 020
Setiausaha Politik kepada YB. M. Kula Segaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat)Pengerusi DAP Kepayang
AJK DAPSY Perak

KEBIJAKSANAAN PEMUDA BN MENGIKUTI KEPIMPINAN HARAM

Sepatutnya nama Ravichandran harus dimasukkan kedalam Malaysian Book of Records kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang paling banyak berbanding ADUN-ADUN BN. Segala kenyataan Ravichandran sememangya tidak mempunyai bukti yang kukuh serta beliau langsung tidak berani untuk menyuara sebagai seorang ahli PPP melainkan melabelkan dirinya sebagai Exco Pemuda BN.

Pada pandangan saya, Ravichandran hanya mencari peluang untuk melayakkan dan membuktikan dirinya sebagai pejuang dan pembela yang begitu kuat pada BN. Ianya adalah satu taktik untuk mengkaburkan mata pimpinan BN. Tindakan beliau sebegini juga kemungkinan besar akan membuka ruang bagi rakyat untuk menilai kelemahan BN dan kehebatan PR.

Untuk makluman Ravichandran, hanya BN yang meminta sedekah pada PR untuk mengiktirafkan Speaker Haram Datuk Ganesan sebagai yang sah. Oleh yang itu, tidak wujud persoalan siapa sebenarnya yang main politik sehingga penat, pada hal BN sendiri tidak dapat mengiktirafkan Datuk Ganesan tanpa persetujuan daripada pihak pimpinan PR.

Lebih-lebih lagi, V.Sivakumar adalah dipilih oleh rakyat sebelum dipilih sebagai Speaker dan bukannya seperti Datuk Ganesan yang ditolak oleh rakyat sendiri. Kenapakah pihak BN tidak berani untuk mencalonkan mana-mana ADUN BN untuk memegang jawatan speaker tersebut? Walaupun perlembagaan membenarkan seorang yang bukan ADUN untuk memegang jawatan Speaker ianya lebih baik untuk BN memilih salah seorang daripada ADUN-nya. Benarkah, dimana ADUN – ADUN BN tidak layak untuk memegang jawatan tersebut?

Saya ingin menasihatkan Ravichandran supaya jangan ikut telunjuk Kerajaan BN yang tamak dan inginkan kekayaan politik mudah dengan mengambil alih Kerajaan Negeri bertentangan dengan proses pilihanraya. Kerajaan BN tidak pernah mempedulikan kesusahan rakyat yang wujud akibat kegilaan kuasa oleh BN.

Kebisuaan Ravichandran sewaktu Negeri Perak ditadbir oleh PR jelas memaparkan kehebatan PR kerana tidak wujud ruang bagi BN ataupun kuncu-kuncunya untuk mengkritik pentadbiran PR. Jangan cuba untuk menunjukkan kepandaiaan melalui kenyataan akhbar.

Sebelum ini pernah saya mencabar Ravichandran daripada PEMUDA BN untuk berdebat dengan saya untuk membincang secara terbuka kehebatan beliau dalam arena politik khususnya perkhidmatan beliau dalam menaikkan taraf hidup kaum India dinegeri Perak. Sehingga hari ini tiada apa-apa berita mahupun khabar angin penerimaan cabaraan saya.

Saya amat pasti dimana Rakyat Negeri Perak serta Pemuda BN akan rasa amat malu dengan kelakuan Ravichandran yang suka bercakap kosong juga yang tidak mahu terima cabaran. Jikalau tidak berani, tidak mengapa, tetapi jangan berkelakuan seperti mangsa desakkan bodoh politik BN.

Nampaknya di Negeri Perak sekarang, Pemuda BN Perak yang berpelajaran sudah menerima pengajaran tetapi yang kosong pendidikan masih enggan menerima realitinnya. Yang berpelajaran menjadi bangang dan diperkudakan oleh bukan berpendidikan.
Ingin saya nasihat Ravichandran supaya jangan membela Kerajaan haram BN dengan kenyataan lucu serta kenyataan kebudak-budakkan untuk menyerlahkan kebodohan diri sendiri. Jangan terlepas langkah sehingga rakyat hilang percaya pada kaum PEMUDA disebabkan oleh watak anda yang menjijikkan.

Bagi saya, phenomena pemimpin bodoh seperti Ravichandran sudah menjadi lumrah bagi rakyat Perak. Alangkah malangnya PEMUDA BN Perak mempunyai seorang pemuda yang suka memperbodohkan rakyat dan alangkah malunya seluruh pimpinan BN Negeri Perak yang menguasai Kerajaan tanpa mandat rakyat.

Sekian
Sugumaran Periasamy
(Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Sosialis Perak)