Sunday, April 4, 2010

PEMUDA BN HILANG ARAH SEHINGGA MENGELUARKAN ARAHAN KEPADA TUANKU SULTAN

Satu daripada kelemahan pemuda-pemuda Barisan Nasional yang paling asas sejak dahulu hingga sekarang ialah tidak mengenali apakah kehebatan,kebolehan dan batasan mereka dalam arena politik. Mereka ini juga tidak sedari adakah permintaan mereka berhubung suatu perkara itu melampaui batasan ataupun tidak.

Apatah lagi apabila adanya kuncu-kuncu daripada komponen Barisan Nasional juga turut membabitkan dirinya dalam adegan-adegan yang melucukan sehingga mendesak Tuanku Sultan Perak untuk menarik balik gelaran darjah kebesaran yang dikurniakan kepada pemimpin Pakatan Rakyat. Apakah motif sebenar mereka berbuat demikian? Adakah sengaja untuk rujukan bagi bertindak dalam menjayakan citi-cita politik peribadi?


Memang aneh sungguh kelakuan PEMUDA BArisan Nasional, kerana mereka yang melaungkan mengenai Institusi Diraja kini berani mengorak langkah untuk mengeluarkan arahan sehingga mendesak Tuanku Sultan Perak untuk menarik balik darjah Kebesaran. Siapakah sebenarnya mereka ini untuk mengarah Tuanku Sultan Perak berbuat demikian? Saya anggap ini adalah satu pengkhianatan yang amat besar sehingga memalukan Tuanku Sultan Perak.

Selagi Pemuda Barisan Nasional tidak ubah sikap mereka yang angkuh dan melampau ini, maka ianya amat sukar untuk mencapai keamanan di Negeri Perak. Mereka ini bertindak seolah untuk mencetuskan keadaan huru-hara episod yang ke-2 dengan menggunakan saluran Tuanku Sultan Perak. Situasi ini, sudah pasti akan menjatuhkan imej Tuanku Sultan Perak serta Kerabat Di-Raja dinegara ini.

Inilah contoh PEMUDA BARISAN NASIONAL yang semakin hebat yang tidak memiliki ILMU politik yang teratur yang suka berpolitik dan berpolitiking keterlaluan dan akan semakin ketaralah kehakisan rohaniah dan kewibawaan politik sebenar dinegara ini.

Apakah sebenar konsep politik dinegara ini? Konsep asasnya ialah untuk membawa kesejahteraan serta kemakmuran bagi rakyat yang mengundi. Justeru itu, jikalau pihak PEMUDA BARISAN NASIONAL mahu selamatkan kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Perak maka bersuaralah bersama-sama rakyat yang mahu kuasa rakyat dipulangkan kepada rakyat untuk menentukan Kerajaan pilihan mereka. Beranikah PEMUDA BARISAN NASIONAL berbuat demikian.?

Dimanakah letaknya “RUKUN PERLEMBAGAAN” dalam politik negara ini? PEMUDA BARISAN NASIONAL janganlah asyik terlalu ghairah dengan kuasa haram diperolehi melalui rampasan kuasa. Tepuk dada dan tanya selera samada kuasa pentadbiran Barisan Nasional Negeri Perak ini diperolehi melalui KUASA RAKYAT ataupun melalui KUASA PENYAMUN?

Pilihlah jalan cara yang baik iaitu yang di luar kerangka untuk menyelesaikan kemelut politik yang wujud disebabkan oleh Barisan Nasional. Berbuat demikian, kemungkinan besar perjuangan diluar kerangka itu akan menghasilkan kejayaan yang rasional bagi rakyat yang mengundi. Jikalau masih degil untuk berpolitik ilmu songsang, maka kejayaan sementara ini hanyalah boleh dianggap sebagai kejayaan Duniawi tetapi dipenghujung kelak, segala kelakuan pasti akan membawa diri kepada kecelakaan.

Sebagai nasihat, hayatilah kepentingan dan keistimewaan politik negara ini. Janganlah terlalu bertindak mengikut perasaan yang melampau sehingga menghantar memorandum yang berkonsep “ARAHAN POLITIK” untuk melucutkan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada pemimpin PR.

Sekian.
Sugumaran Periasamy
(Pengarah Biro Pendidikan Politik, Pemuda DAP Sosialis Perak)

No comments:

Post a Comment